Tiara Beach Resort (TBR) yang terletak di Batu 13, Jalan Pantai, Port Dickson adalah lokasi yang sesuai untuk percutian seisi keluarga. Kedudukan Port Dickson yang terletak berdekatan dgn lembah klang,menjadinya destinasi terdekat dan mudah dikunjungi oleh warga kota.
Taman Tema yang seluas 8.4 hektar ini memang terkenal dengan pantai buatan manusianya. Resort Taman Tema ini memenuhi keperluan semua peringkat umur kerana di taman tema ini terdapat kolam untuk kanak kanak, tapak istana pasir, pantai buatan dan juga kolam mandi bersaiz 5 kali ganda kolam olimpik.
Pada waktu malamnya pengunjung dewasa boleh menghabiskan masa dengan berkaraoke di bilik karaoke yang disediakan. Selain itu terdapat juga tayangan wayang terbuka dan juga bilik permainan kanak kanak yang dilengkapi dengan permainan video game.
Sekiranya pengunjung mahu menikmati pantai sebenar, mereka boleh berbuat demikian dengan memandu ke pantai Teluk Kemang yang terletak berhampiran dgn resort ini.
Bagaimana hendak ke Tiara Beach Resort
Perjalanan ke TBR dari ibu negara hanya mengambil masa kira-kira satu setengah jam, 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tiga jam dari Singapura melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Port Dickson.View tol PD - TBR in a larger map
Unit Penginapan Kami
PMC Sdn. Bhd mempunyai 6 unit studio suite di Tiara Beach Resort. Dua adalah country view, manakala 4 unit lagi adalah swimming pool view.
Country View (2 unit)
block D, tingkat 3 (D-3-19)
block E, tingkat 2 (E-2-5)
Weekend (Jumaat - Ahad), Cuti Umum DAN Cuti SekolahRM160 semalam
Weekday (Ahad - Khamis)RM120 semalam
untuk tempahan boleh hubungi fariz 013-3931828 atau 012-4720207 .
No comments:
Post a Comment